Sunday, June 10, 2007

Motto Asrama




BERSATU BERGERAK MAJU

Piagam Pelanggan Asrama



Kami Tenaga Pentadbir dan Pengurus Asrama
Sekolah ini berjanji dan berikrar melaksanakan
perkara-perkara dibawah untuk meningkatkan mutu
Pendidikan pelajar melalui:-
1. Menjaga dan mendidik pelajar seperti anak sendiri.
2. Menfokuskan seluruh aspek pengurusan asrama ke arah kecemerlangan pendidikan.
3. Melaksanakan amalan keadilan dalam pendidikan tanpa mengira latarbelakang keluarga.
4. Menggalakkan budaya musyawarah antara pihak asrama dan ibubapa dalam hal pendidikan pelajar.
5. Mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan sebarang masalah pelajar

Misi Asrama


Pelajar yang tinggal di asrama
akan dididik secara profesional
bagi mempastikan mereka
menjadi insan yang kamil
dan dapat memberi sumbangan
kepada agama,bangsa dan
negara

Visi Asrama



MENJADIKAN ASRAMA SEBAGAI
PUSAT KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN

Sejarah Penubuhan Asrama

Asrama SMK Kandis telah dibina pada 15 Mei 1999
di atas tapak seluas 4 hektar dan siap sepenuhnya pada Januari tahun 2001. Kos Pembinaan Asrama ialah RM4.6 Juta dan dibina oleh Kontraktor Hj Ismail Awanglah (M) Sdn Bhd. Asrama SMK Kandis terdiri daripada satu blok Asrama Lelaki dan satu blok asrama perempuan, dewan makan dan surau asrama dengan kapasti pelajar seramai 200 orang. Walaubagaimanapun hanya 150 orang pelajar diambil pada tahun 2001, iaitu 100 pelajar perempuan dan 50 pelajar lelaki.
Pelajar yang diambil daripada tingkatan 1 hingga 5 berdasarkan kriteria pencapaian
Akademik, Ko kurikulum dan Disiplin, keutamaan diberikan kepada calon-calon PMR dan SPM

Sebelum Asrama diduduki secara rasmi pada 1 Mei 2001, satu majlis solat hajat telah diadakan pada 30 April 2001. seramai tiga orang Warden telah dilantik untuk menguruskan Asrama. Dengan wujudnya Asrama, bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat sekitar kawasan Kandis, Telong, Air Tawar, Sungai dua, Beris Lalang dan lain-lain kampung tetapi asrama juga
merupakan salah satu pemangkin ke arah Kecemerlangan Pendidikan. pengurusan asrama yang cekap dan berkesan selaras dengan visi dan misi akan mencapai matlamatnya bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi Akademik,Rohani dan Jasmani sesuai
dengan Mottonya iaitu ASRAMA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELAJAR